CABUTAN BERTUAH

HARGA AHLI

HARGA AHLI

SYARIKAT




K-LINK INTERNATIONAL SDN. BHD. memulakan operasinya pada tahun 2000. Syarikat kami bermula dengan agak sederhana iaitu dengan menawarkan hanya beberapa produk sahaja kepada pengguna. Walaupun begitu, operasi K-Link International berjalan lancar dengan memberikan fokus pada produk yang bermutu dan berkualiti. Ianya ternyata membawa rahmat. Sejak dari hari pertama lagi, Syarikat kami mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengguna.
Setelah meletakkan dirinya di persada dunia jualan langsung, ianya cuma menunggu masa sebelum K-Link International mempamerkan keupayaannya. Lebih banyak produk baru dibawa masuk. Pengedar mula mendaftarkan diri dan dalam beberapa bulan sahaja, jumlah pengedar berada pada tahap yang memberangsangkan. Pada bulan pertamanya, pencapaian jualan syarikat cuma RM700,000, tetapi kini ianya mencecah lebih RM10 juta sebulan. Sama seperti bagi para usahawan yang mendaftarkan dirinya sebagai pengedar, Syarikat kami kini mempunyai lebih daripada seratus ribu ahli. Jumlah stokis dan stokis bergerak juga meningkat pada masa yang sama untuk menampung rangkaian perniagaan yang semakin membesar.
Syarikat kami melihat pasaran ASEAN sebagai tapak pelancaran bagi dirinya untuk memasuki dan menawan pasaran Asia Pasifik dan seterusnya pasaran dunia. Setakat ini, kami telah berjaya menembusi pasaran Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, India, Taiwan, Hong Kong, Australia dan banyak lagi.

Pencapaian K-Link

Setelah bertungkus-lumus sekian lama, akhirnya K-LINK International berjaya mencapai kejayaan bukan sahaja dari segi organisasi, sistem, serta syarikat, malahan produk juga. Kejayaan ini menggalakkan keteguhan, ketabahan kita bagi menuju haluan yang lebih cemerlang dan mempertingkatkan imej produk.


Perangkaan 2006 Industri Jualan Langsung Rantau Asia Pasifik
10 Produk Kesihatan yang Paling Berdaya Saing 2006
Usahawan Perniagaan Muda, Anugerah Perniagaan Tahunan 2005
Syarikat Jualan Langsung Terbaik, Anugerah Perniagaan Tahunan 2005


4th Asia Pacific International Honesty Enterprise Keris Award 2005 oleh Majalah Global Business

Pemenang ' The Best Global Network Company 2005' oleh Majalah Global Business

Pemenang 'Best Brands Awards 2004/2005' oleh Best Brand Council Malaysia

Anugerah Terhormat oleh Wood Vinegar Energy Research Association, Jepun

Pemenang 'Syarikat Pengurusan Terbaik 2004' oleh Majalah Global Business




•Dianugerahkan Produk Super (K-FuelSaver) 2006
•Anugerah Emas oleh Global Trusted Enterprise
•Syarikat Paling Berpengaruh di Asia Pasifik – 10 Sistem Terbaik
•Pemenang 'Anugerah Syarikat Terbaik 2004' oleh Persatuan Jualan Langsung Jerman
•Syarikat Pasaran Terbaik di Asian Pasifik - 10 Syarikat Jualan Langsung Terbaik
•Syarikat jualan langsung yang pertama diiktirafkan oleh Kanada
•Anugerah Superbrands (Malaysia) 2008 / 2009 - K-FuelSaver

K-LINK International Branches, Stockists & Web Sites