CABUTAN BERTUAH

HARGA AHLI

HARGA AHLI

PRODUK

Kesihatan Keseluruhan


PEMBERSIHANMengeluarkan segala toksin bahaya untuk menjadikan tubuh sentiasa bersih dan sihat selalu.
PENGIMBANGANMemastikan zat makanan yang seimbang dan mencukupi untuk tubuh badan.
PENGAKTIFANMemastikan zat makanan yang seimbang bagi membolehkan sel-sel tubuh menjadi normal.
PERTAHANANProses penggalakan dan pembersihan diulangi selama 6 bulan akan menjadikan tubuh kita sihat dan kuat.

6 Faktor utama yang mempengaruhi kesihatan
UDARA, AIR, MAKANAN & MINUMAN, TIDUR, SENAMAN, EMOSI


PRODUK MAKANAN & MINUMAN

 

K-LIQUID CHLOROPHYLL
(RM61.50)


Tiga kebaikan K-Liquid Chlorophyll:

1.Pembersihan - merujuk kepada detoksifikasi dan penghapusann kotoran dalam badan
2.Pengawalan - mengimbangkan hormon-hormon serta asid dan alkali dalam badan
3.Penyuburan - membekalkan nutrien untuk kesihatan darah bagi meningkatkan tahap oksigen dan sel darah merah

Apakah Klorofil?

Klorofil merupakan penawar alam semulajadi yang didapati pada pigmen hijau tumbuh-tumbuhan hijau. Dalam proses yang dipanggil “fotosintesis”, klorofil dalam tumbuh-tumbuhan hijau menyerap dan menyimpan tenaga daripada cahaya matahari bersama dengan karbon dioksida di udara, air dan mineral-mineral dari tanah untuk menghasilkan makanan. Tenaga itu diperlukan untuk menukar air dan karbon dioksida menjadi glukosa – sumber utama tenaga untuk semua organisma hidup.

Mengapa Alfalfa?

Alfalfa dipilih kerana ianya mengandungi empat kali ganda lebih klorofil daripada sayur-sayuran lain. Akar-akarnya tumbuh sangat dalam untuk menyerap mineral-mineral seperti kalsium, besi, magnesium dan lain-lain.

Satu sudu besar K-LINK K-Liquid Chlorophyll sama seperti mengambil sayur-sayuran sebanyak 1 kg. Ia adalah sumber nutrien yang penting bagi merangsangkan kesihatan yang baik.

Melawan Radikal Bebas Untuk Mengurangkan Kedutan & Penuaan

Klorofil dalam alfalfa mengandungi agen anti-oksida yang dapat mengurangkan radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebas melemahkan badan dan membuat kita senang menjadi sakit. Radikal bebas adalah unsur oksida aktif yang dihasilkan oleh tubuh kita melalui proses metabolisme pemecahan makanan dan oksigen yang menghapuskan protein, lipid dan DNA. Ini akan mengakibatkan sel-sel biasa berubah dan menyebabkan bermacam-macam penyakit kepada tubuh kita. Radikal bebas adalah punca utama kepada penuaan.

Klorofil sangat kaya dengan:

Zink – Gabungan zink bersama vitamin A menggalakkan kesihatan yang baik
Selenium – Melindungi dan memperbaharui sel-sel badan
Vitamin E – Anti-penuaan, menyuburkan kulit dan mengaktifkan otak
Vitamin C – Meningkatkan kecergasan dan memiliki unsur-unsur anti-kanser
Vitamin A – Memperkuatkan fungsi jantung dan penglihatan

Lain-lain nutrien termasuklah protein, biotin, asid folik, asid pantotenik dan mineral-mineral seperti kalsium, kobalt, kromium, fosforus, silikon, potassium, mangan, magnesium, besi dan lain-lain.

Menggalakkan Pertumbuhan Sel-sel dan Meningkatkan Sistem Imuniti

Dr. Richard Wilstatter (1915) dan Dr. Hans Fischer (1930) masing-masing telah menerima Anugerah Nobel dalam Jurusan Perubatan dan KImia kerana menemui struktur molekul sel darah merah manusia dan klorofil. Dari sinilah dapat ditunjukkan bagaimana klorofil menggalakkan pertumbuhan sel-sel dan penghasilan sel-sel membantu dalam membina sistem daya ketahanan.

Ciri-ciri Penghasilan Darah

Penerima-penerima Anugerah Nobel, Dr. Richard Wilstatter dan Dr. Hans Fischer juga telah membuat penemuan bahawa terdapat hanya satu perbezaan ketara di antara sel-sel darah merah dan klorofil iaitu klorofil mempunyai atom magnesium di dalam nukleusnya, manakala sel-sel darah merah mempunyai besi. Dengan itu, klorofil dapat membantu dalam kes-kes anemia dan keadaan kekurangan darah.

Membersihkan Badan daripada Racun Serangga dan Sisa-sisa Toksin Perubatan

Pakar pemakanan Prof. Bernard Jensen menjelaskan bahawa klorofil amat berkesan dalam mengurangkan toksin-toksin dari racun serangga dan sisa-sisa perubatan dengan mencucikannya keluar daripada badan. Beliau juga memerhatikan bahawa orang-orang sihat lazimnya mempunyai lebih tinggi jumlah darah berbanding dengan orang yang sakit. Bagaimanapun, selepas mengambil klorofil dengan banyak, jumlah darah pesakit telah bertambah dan kesihatan juga meningkat.

Mengurangkan Masalah Badan

Seorang saintis bernama Offen Krantz mendapati bahawa kebaikan-kebaikan klorofil dapat menolong pesakit-pesakit ulser perut. Klorofil telah menjadi pelengkap perubatan yang diarahkan oleh para doktor bagi pesakit yang mendapat ulser perut.

Memperbaiki Kulit Bermasalah dan Mencantikkan Kulit

Akhbar “The New England Medical Journal” telah melaporkan yang klorofil menolong dalam mengawal masalah-masalah kulit dan jangkitan dalaman. Akhbar “American Journal of Surgery” telah menyiarkan penemuan dari Temle Universiti mengenai penggunaan klorofil dalam penyembuhan luka-luka pembedahan dan keadaan-keadaan lain yang berkaitan.
------------------------------------------------------------------------------

K-LINK ARABICA COFFEE (HD 004A)
(RM23.50)


K-Link Kopi Arabica diperbuat daripada campuran unik biji-biji kopi Arabica yang bermutu tinggi bersama dengan pati ginseng dan ekstrak ganoderma. Mulakan pagi anda dengan secawan K-Link Kopi Arabica. Aromanya yang harum mampu untuk menyegarkan anda dan memberikan bertenaga secara keseluruhan.
----------------------------------------------------------------------------



EKSTRAK GAMAT dengan Madu
(RM85.50)

Suplemen ini terbukti berkesan dalam membantu meningkatkan sistem imuniti badan, membantu menyembuh luka-luka dan kecederaan ringan serta mengawal peredaran darah dan meningkatkan kesihatan am kita.

Ia juga dapat digunakan sebagai tonik untuk lelaki dan wanita. Ekstrak Gamat dengan Madu ini merupakan penambahan kesihatan dari bahan semulajadi yang unggul bagi masa kini dan sesuai digunakan bagi membantu penyembuhan luka-luka dan kecederaan ringan serta meningkatkan tahap kesihatan.
  ------------------------------------------------------------------------

GAMAT EXTRACT with Taurine
(RM48.00)

Suplemen ini mengandungi gabungan mineral asli dan kompleks gama-peptida yang dikenali sebagai Gamalin dan mineral, vitamin-vitamin serta protein bagi mengawal kadar kolesterol, menyuburkan otot-otot yang tua, tulang, saraf dan kulit sambil memberi kesan bertenaga kepada sistem daya ketahanan badan. Boleh digunakan sebagai suplemen tambahan bagi menyembuh luka-luka kecil, kecederaan dan radang, meningkatkan pengedaran darah, meningkatkan kekuatan badan dan lain-lain kebaikan kesihatan.
---------------------------------------------------------------------------
 TEH ROOIBOS BERKUALITI TINGGI SOD GOLDEN VALLEY 
(RM21.50)


Teh Rooibos Berkualiti Tinggi SOD Golden Valley mengandungi SOD (Super Oxidant Dismutase) yang bertindak sebagai agen anti-oksida untuk mengawal radikal bebas dalam badan. Jika tidak dikawal dan dibiar berkembang, ia boleh mendatangkan reaksi yang akan menyebabkan sel menjadi luar biasa atau cacat. Sebagai anti-oksida, Teh Rooibos dapat menghapuskan radikal bebas sekaligus menghalang kerosakan atau kecacatan sel. Teh Rooibos juga dapat membantu pembesaran sel yang sihat.

Disamping itu, Teh Rooibos merupakan penghilang dahaga yang hebat. Diimport dari Afrika Selatan, Teh Rooibos adalah minuman yang ideal sama ada panas atau sejuk, sama ada kosong atau dicampur susu, gula, limau atau madu. Pada cuaca yang panas, Teh Rooibos juga dapat dibancuh bersama dengan jus buah-buahan.

Oleh kerana Teh Rooibos tidak mengandungi kafein, ia boleh diminum sebanyak mungkin oleh ahli sukan, Ianya kaya dengan zat besi, potasium, zink, mangan dan sodium yang dapat membantu menstabilkan imbangan badan selepas sesi latihan yang meletihkan.

Malah, Teh Rooibos bukan sahaja boleh diminum. Adunan Rooibos boleh digunakan sebagai resipi untuk mendapatkan warna dan rasa ketika memanggang. Rooibos juga boleh digunakan untuk menghasilkan sup, gulai dan sos.
----------------------------------------------------------------------------

ORGANIC K-BIOGREEN
(RM163.00 - 500 g)
(RM87.00 - 200 g)

Organic K-BioGreen ialah makanan organik yang dipilih khas dari 58 jenis bahan unik seperti kacang, bijiran, sayur-sayuran, rumpair laut dan bifido-bakteria serta enzim makanan yang memainkan peranan penting dalam badan manusia bagi bagi membersih, mendetoksifikasi dan meremaja serta mengembalikan fungsi-fungsi organ penting dalam badan dan membina ketahanan. Apabila produk tersebut diambil sebagai makanan dalam badan, ia memberikan nutrien-nutrien yang secukupnya dan sesuai bagi mereka yang inginkan tubuh badan yang sihat dan langsing.

Organic K-BioGreen adalah sumber makanan bernutrisi tanpa kandungan bahan awet dan tanpa pengubahsuaian genetik yang diluluskan oleh AsureQuality Limited di New Zealand. Setelah produk organik disahkan dengan kelulusan organik, produk berkenaan diberi label dan boleh dipastikan bahawa unsur-unsur produk organik berkenaan telah mematuhi syarat-syarat dari perkebunan ke pasaran.

Organic K-BioGreen tidak mengandungi sebarang perisa buatan, pewarna, sisa-sisa anti-biotik, penggalak tumbesaran dan bahan awet. Dalam penggunaan baja, perkebunan organik telah menetapkan garis panduan yang ketat. Baja mengandungi patogen manusia, tetapi jika dirawat (dikompos) dengan betul, ia bioleh menjadi baja organik dalam bentuk selamat. Pekebun berkelulusan organik tidak dibenar menggunakan baja yang tidak dirawat kurang dari 60 hari sebelum penuaian tanaman dan ia diperiksa bagi memastikan syarat-syarat dan peraturan-peraturan dipatuhi.

Ada di antara mereka percaya bahawa makanan organik rasa lebih enak dari makanan biasa. Untuk sebab-sebab kesihatan, makanan rasa lebih enak jika makanan tersebut adalah segar.

Kebaikan Organic K-BioGreen :

1.Meningkatkan sistem imuniti
2.Meningkatkan sistem endokrin
3.Membersih sistem penghadaman
4.Membantu mengurangkan kolesterol
5.Membantu menghalang sakit jantung
6.Membantu menggalang sel-sel kanser
7.Mendetoksifikasikan sel-sel badan dan saluran darah
8.Mengaktifkan sel-sel badan
9.Menggalakkan metabolisme
10.Mengawal organ-organ dalaman
11.Mengurangkan tekanan
12.Meningkatkan ingatan
13.Meningkatkan keadaan mental dan fizikal
14.Bertindak sebagai agen anti-oksida
15.Membekalkan vitamin, mineral dan nutrien yang lengkap
16.Melembapkan kulit dan membantu menghalang alahan kulit
17.Membantu menahan lapar dan menguruskan badan
18.Mengembalikan kecantikan asli
-------------------------------------------------------------------------
 
K-LIQUID ORGANIC SPIRULINA
(RM48.00)

K-Liquid Organic Spirulina merupakan suplemen kesihatan yang menakjubkan untuk kesihatan, sebagai pemberi tenaga dan untuk daya hidup kerana spirulina mengandungi 12 vitamin, 11 mineral, 4 pigmen penting, 14 asid lemak dan 18 jenis asid amino yang penting untuk tubuh badan.

Kenapa pilih spirulina?

•Spirulina kaya dan padat dengan zat dan nutrien.
•Spirulina kaya dengan enzim dan merupakan sumber makanan lengkap yang paling banyak mengandungi   Asid Gama Linelonik (GLA). GLA membantu merangsang ketumbesaran, menahan keradangan dan mengelakkan artritis.
•Spirulina kaya dengan sumber protein, mengandungi sehingga 70% nutrien ini berbanding telur (12%), kacang soya (35%), daging lembu (17%), susu tepung tanpa lemak (35%), kacang tanah (25%), bijiran (8-14%) dan susu penuh krim(3%).
•Spirulina kaya dengan beta karotena. Kandungan beta karotenanya 10 kali ganda lebih banyak dari lobak merah. Beta karotena mempunyai bahan anti-oksida yang dapat menghalang sakit jantung dan kanser.
•Spirulina mengandungi pelbagai campuran karotena semula jadi dan fitopigmen xantofil. Kandungan pigmen spirulina termasuk klorofil, karotenoid, fikosianin dan ‘super oxide dismutase (SOD), manakala kalsium, magnesium, zat besi, fosforus, potasium, sodium, mangan, zink, selenium, kuprum dan kromium merupakan antara mineral-mineral yang terkandung di dalamnya.
•K- Liquid Organic Spirulina membantu menambahkan tenaga secara efektif dan adalah makanan tambahan yang ideal bagi semua golongan masyarakat. Ia membersih organ-organ dalaman secara semulajadi dan merangsang sistem imuniti.
•K-Liquid Organic Spirulina dihasilkan daripada 100% spirulina organik semulajadi yang bersih. Spirulina organik ini ditanam berdasarkan ciri-ciri ekologi di ladang spirulina terbesar di dunia iaitu di California , Amerika Syarikat. Spirulina yang ditanam secara saintifik ini adalah bebas dari racun perosak serangga dan bahan kotoran lain.
-------------------------------------------------------------------------
RIDDANCE (10 pkts x 6 g)
(RM123.50)


Memberi Kesan Detoksifikasi Menyeluruh

Riddance memberi 4 kesan detoksifikasi menyeluruh:

•Membersihkan darah
•Membersihkan sistem penghadaman
•Membantu detoksifikasi semulajadi
•Mengawalatur semula fungsi-fungsi badan

Digunakan secara tradisional untuk kepanasan, kekembungan dan cirit-birit
ringan serta menggalakkan detoksifikasi dalaman.
-------------------------------------------------------------------------

PROPOLIS PLATINUM
 (RM161.00)(5 x 6 ml)
(RM36.00)(1 x 6 ml)



Propolis Platinum adalah propolis cecair tanpa kandungan alkohol daripada
Brazil yang terkenal sebagai penghasil propolis hijau terbaik yang di dunia.
Kualiti propolis bergantung kepada asal negara ia dihasilkan. Perbezaan
warna propolis seperti seperti coklat, kuning, hijau dan bermacam-macam
lagi melambangkan kualiti masing-masing. Propolis yang terbaik dan paling
tinggi kualitinya adalah propolis hijau dari Brazil kerana negara seperti Brazil
mempunyai kepelbagaian kehidupan tumbuhan yang kaya di dunia.

Menurut buku dari Dr. Kishita yang bertajuk ‘The Wonder Treatment of
Propolis’, beberapa kajian mengenai propolis dari beberapa buah negara
membuktikan propolis dari negara Brazil , terutamanya damar dari Eukaliptus
sebagai kualiti yang terbaik.

Propolis dikumpul oleh lebah-lebah dari hutan hujan tropika Brazil yang tidak
dicemari. Propolis adalah produk damar semulajadi sarang lebah yang
dihasilkan oleh lebah bagi melindungi dan mengukuhkan penjagaan
sarang lebah dari ancaman jangkitan. Kajian saintifik telah membuktikan
bahawa amalan mengambil Propolis daapt membantu mengukuhkan
sistem imuniti badan dan oleh itu, Propolis Platinum memainkan peranan
penting dalam penjagaan kesihatan am kita.

Fungsi Propolis Platinum

Propolis Platinum kaya dengan kandungan bioflavonoid. Bioflavonoid
juga menggiatkan sel-sel darah putih dalam membantu meningkatkan
sistem imuniti badan. Flavonoid yang terkandung dalam Propolis Platinum
adalah sebatian tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri anti-kulat,
anti-bakteria, anti-virus,anti-oksida dan anti-radang berkualiti tinggi.

Kebaikan Propolis Platinum

Propolis Platinum menggiatkan penghasilan antibodi serta mengukuhkan
sistem imuniti badan. Propolis Platinum membantu melegakan sakit tekak.
Ia juga bertindak dalam melawan kerosakan gusi dan gigi. Ia boleh
membantu menghalang selsema, jangkitan gastrointestinal dan lain-lain
lagi kegunaan. Ia juga boleh membantu meringankan masalah pernafasan
dan membantu merawat luka-luka ringan apabila disapukan pada luka.

-------------------------------------------------------------------------



K-OmegaSqua (30 softgel)
(RM52.00)


Kandungan K-OmegaSqua terdiri daripada Omega-3 ikan salmon dari
Norway, Squalene dari minyak hati ikan yu yang hidup di Lautan Pasifik
dan Vitamin E semulajadi untuk kesihatan jantung, kulit dan otak kita.

Kebaikan K-OmegaSqua:

•Membantu mengurangkan tahap kolesterol dan trigliserid dalam darah
•Membantu meringankan sakit-sakit dan radang seperti reumatoid artritis,
 osteoartritis, psoriasis, ekzema dan lain-lain
•Membantu melancarkan saluran darah dan mengurangkan tekanan darah
 tinggi kepada tahap normal
•Membantu menghalang saluran darah daripada tersumbat
•Membantu menghalang kanser
•Membantu mengekalkan kesihatan kulit dan menghalang jangkitan bakteria
•Menyeimbangkan kelajuan denyutan jantung agar normal bagi mengelakkan
 serangan sakit jantung
•Meningkatkan sistem imuniti (daya ketahanan)
•Membantu menghalang selesema dan batuk
•Membantu menyembuh kecederaan, membantu masalah jerawat dan
 masalah kulit yang lain
•Menghidupkan semula sel-sel saraf yang telah mati bagi mereka yang menghidap
 sakit kencing manis dan membantu melambatkan proses penuaan
•Membantu menghalang serangan lelah (asma)
-------------------------------------------------------------------------

K-Sauda VCO (30s)
(RM62.00)



VIRGIN COCONUT OIL

Virgin Coconut Oil atau minyak kelapa murni adalah minyak kelapa yang
diperolehi daripada daging kelapa segar tanpa sebarang penambahan zat
kimia bagi menghasilkan asid lemak yang terbaik mutunya. Minyak kelapa
terbukti memiliki kandungan nutrisi yang amat baik untuk memperlancarkan
metabolisme dan meningkatkan sistem daya tahan tubuh. Ianya
mengandungi banyak zat aktif yang berkhasiat untuk tubuh badan,
seperti Middle Chain Fatty Acid (MCFA), monogliserida, EPA dan DHA.

MCFA merupakan asid lemak rantai yang dapat berkembang dan minyak
kelapa merupakan diantara sumber makanan yang paling kaya dengan
MCFA. MCFA yang terdapat pada minyak kelapa murni mengandungi
Asid Laurat dan Asid Kaprat yang dapat berfungsi sebagai pencegah
bakteria dan kulat.

Berbeza dengan kandungan asid lemak yang terdapat pada minyak
umumnya minyak kelapa murni tidak akan dimetabolisme menjadi
kolesterol apabila berada di dalam tubuh. Tetapi, oleh kerana
kandungannya terdapat MCFA, maka ianya akan diuraikan di
dalam tubuh dan digunakan bagi penghasilan tenaga. Disebabkan
minyak kelapa menghasilkan tenaga, ianya tidak akan menyebabkan
peningkatan kolesterol dalam tubuh apabila dimakan dengan tetap.

Kebaikan K-Sauda VCO:

•Meningkatkan fungsi sistem imuniti badan
•Mencegah jangkitan bakteria selesema, sakit
 kerongkong dan virus influenza
•Mencegah jangkitan parasit dan kulat, eksema dan
 cirit-birit
•Menurunkan berat badan serta sesuai sebagai suplemen
 bagi pesakit kencing manis
•Merendahkan risiko sakit koronori jantung, hipertensi,
 strok dan arterosklerosis
•Mempercepatkan proses penyembuhan prostat dan tiroid
•Membantu menjaga kesihatan rambut dan kulit 
PRODUK PENJAGAAN KESIHATAN

Gamat Gel Forte (HC 049)
(RM36.50)

Gamat Gel Forte adalah gel pelembut tradisional bagi melembutkan kulit, membantu menyembuhkan luka kecil dan lecur, kecederaan, bengkak-bengkak dan melegakan jerawat. Disapu pada kulit atau mana-mana bahagian yang sakit sebanyak dua atau tiga kali sehari. Untuk diguna pada bahagian luar badan sahaja.

-------------------------------------------------------------------


Produk - Produk Kesihatan - K-eWRIST BAND
(RM84.00)


Komposisi utama dalam K-eWrist Band dan fungsi-fungsinya :

Ion-ion negatif
Ia membantu meneutralkan ion-ion positif dalam badan yang menyebabkan kesakitan dan keletihan.
Ia juga membantu mengurangkan kepekatan darah dengan mengasingkan gumpalan sel darah
merah untuk meningkatkan bekalan oksigen, mengurangkan stres dan melegakan ketegangan
dan keresahan. Ia membantu menstabilkan sistem saraf autonomik dengan menyeimbangkan
aktiviti saraf simpatetik dan parasimpatetik.

Sinar inframerah jauh

Ia membekalkan “kesan resonans” kepada badan untuk menguatkan metabolisma badan & mempertingkatkan pengedaran darah.


-------------------------------------------------------------------------

K-EnergySocks ( 1 pair )
(RM38.00)


K-EnergySocks merupakan sarung kaki anti-bakteria yang membantu mengekalkan kesihatan kaki. Berikut adalah antara fungsi K-EnergySocks:

•Membantu menggalakkan peredaran darah dan mempertingkatkan
 konstitusi serta kekuatan tubuh manusia.
•Membantu melegakan kelumpuhan dan kekejangan otot dengan berkesan.
•Mencegah pembiakan bakteria, menghilangkan bau busuk, melegakan
 gatal-gatal dan detorfikasi kaki.
•Dapat menyerap peluh dengan cepat dan berkesan supaya kaki sentiasa
 kering dan selesa.

-------------------------------------------------------------------------

Kinotakara Takao (10pcs)
(RM126.00)


KINOTAKARA merupakan produk kesihatan fisioterapi yang terkini di dunia. Produk ini mencerminkan ketabahan ahli perubatan Jepun dalam usaha mereka mencari rumusan bagi membantu manusia memperolehi gaya hidup yang sihat. KINOTAKARA adalah cara semulajadi untuk memperolehi kesihatan dan dengan itu memberi harapan baru kepada mereka untuk membantu mencegah penyakit dan mengekalkan kesihatan.

KINOTAKARA sebaik-baiknya ditampal pada tapak kaki kerana terdapat lebih daripada 360 titik akupuntur pada tubuh badan manusia, dan lebih 60 daripadanya terletak pada tapak kaki. Mengikut teori-teori perubatan Barat dan Timur, tapak kaki mencerminkan kesihatan pelbagai organ-organ penting dan dianggap sebagai “jantung kedua” manusia. Inilah sebabnya ramai daripada kita gemar mengurut kaki untuk melegakan badan dan menggalakkan peredaran darah bagi meningkatkan kesihatan badan.

KINOTAKARA akan menyerap air yang berlebihan dan bahan buangan yang mudarat daripada badan bila ia dilekatkan pada tapak kaki, dan membantu melegakan kesakitan dan bengkak-bengkak.

Selepas menggunakan KINOTAKARA selama 6 jam, serbuk dalam KINOTAKARA akan menjadi lembab dan bertukar warna daripada putih ke warna yang lebih gelap. Bahan berwarna gelap ini adalah bahan buangan daripada badan. Warna yang semakin gelap menunjukkan kesihatan badan semakin teruk. Bila bahan-bahan buangan dikeluarkan daripada badan, maka kesakitan dan bengkak-bengkak juga akan hilang. Kesakitan akan berkurangan selepas KINOTAKARA menjadi lebih kering dan lebih pudar warnanya serta kurang basah .

KINOTAKARA menghasilkan ion-ion negatif dan berkesan untuk meneutralkan ion-ion positif. Menampal KINOTAKARA terus pada tapak kaki boleh membawa banyak faedah kesihatan, terutamanya dalam menguatkan saraf-saraf kita. Ia juga dapat melegakan ketegangan dan tekanan otot. Faedah-faedah lain ion negatif adalah termasuk :

•Menggalakkan metabolisme dan melambatkan proses penuaan
•Mengaktifkan sel, meningkatkan daya imuniti, melegakan kesakitan
 dan keletihan
•Menggalakkan peredaran darah



1.TORMALIN:
Batu mineral semulajadi yang terdapat di Brazil. Ia mempunyai sifat
sinaran ion dan inframerah. Boleh membantu meningkatkan peredaran darah.
2.KITOSAN:
Diperolehi daripada cengkerang ketam. Mengandungi molekul larut air.
Terkenal dengan sifatnya yang dapat mengekalkan kepanasan dan fungsi
memudakan sel.
3.CUKA KAYU :
Diperbuat daripada resin pokok Beech, pokok Sakura dan pokok Oak.
Baik untuk menyerap bahan toksin dalam badan.
4.SERBUK MUTIARA:
Sejenis bahan yang didapati daripada lava gunung berapi. Mempunyai
kuasa anti-graviti dan penyerapan yang tinggi.
5.SILIKA TULEN
Span silika yang bermutu tinggi. Juga mempunyai fungsi edaran bebas
radikal yang baik.
6.DEKSTRIN:
Karbohidrat larut air yang boleh menyerap air untuk mempertingkatkan
fungsi ramuan lain.
7.ASID GLIKOLIK
Bahan yang wujud secara semulajadi dalam tebu. Digunakan untuk
mempertingkatkan fungsi bahan-bahan lain. 
PRODUK KECANTIKAN
Deodorant Beauty Soap (BC 012)
(RM42.00)

•Deodorant Soap ini dirumus khas untuk penggunaan kulit
  keseluruhan badan.
•Sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit sensitif
 dan kulit berjerawat.
•Dibuat daripada pelbagai ramuan semulajadi seperti minyak
 sawit, gliserin dan minyak lavender.
•Membuang minyak berlebihan pada kulit dan habuk serta
 membersihkan kulit secara mendalam.
•Mengawal pelbagai masalah kulit seperti akne, kerengsaan,
 jerawat dan ruam.
•Membantu mengurangkan jangkitan bakteria dan menghapuskan
 bau badan.
•Memperbaik keadaan kulit wajah dan tekstur kulit. 
PRODUK UIE

UIE K_ENERGY BLACK JADE
(RM299.00)



Diperbuat daripada batu jed hitam yang berkualiti, K-Energy Black Jade yang diadun dengan UIE ini digunakan untuk meningkatkan metabolisme, stamina dan tenaga untuk kehidupan yang lebih sihat dan ceria. Produk semulajadi yang asli ini juga dapat membantu tubuh manusia untuk meresap tenaga dan kekuatan secara semulajadi.

Kelebihan:

•Meningkatkan metabolisme
•Menggalakkan peredaran darah
•Meningkatkan dan memelihara kesihatan keseluruhan badan
•Menyegarkan dan meningkatkan daya hidup badan kepada keadaan
 normal

CARA PEMAKAIAN :

1. Pilih ukuran yang sesuai, tidak terlalu longgar atau terlalu sempit
    semasa memakainya di bahagian alat kemaluan ketika keadaan
    tidak tegang atau kendur.
2. Perlu diingatkan bahagian yang berlekuk, diletakkan selari di bawah
    organ.
3. Dipasang pada pangkal organ.
4. Pemakaian pertama sebaikya digunakan secara terus menerus
    selama 7(tujuh) hari sebelum melakukan hubungan seks untuk
    mendapatkan kesannya
5. Penggunaan hendaklah secara terus siang dan malam(24 jam)
6. Tanggalkan apabila mandi atau melakukan hubungan seks.
7. Perlu dijaga dengan baik dan jangan terjatuh kerana ianya mudah
    pecah.
8. Sebaiknya diikat dengan benang atau tali pada seluar dalam atau
    diikatkan ke pinggang.

Untuk mencuci K_ENERGY BLACK JADE, cuci menggunakan air biasa sahaja

Jangka waktu penggunaan adalah selama 2 (dua) tahun dari mula dipakai
dan dapat sebaik-baiknya digunakan secara terus menerus.

KESAN AWAL PENGGUNAAN :

1. Pada bahagian pangkal organ seks lelaki akan terasa hangat,
    padat, tegang dan sakit.
2. Semasa awal pemakaian, rasa tidak selesa mungkin akan
    terjadi di bahagian organ. Tetapi ini tidak berbahaya kerana
    untuk sementara sahaja.


UIE K-Energy Black Jade memberikan tenaga tambahan dan
membuat lelaki lebih perkasa.Sehingga kehidupan berkeluarga lebih bahagia.

PRODUK DIKELUARKAN DALAM UKURAN :

"L" dengan diameter : 26 mm
"XL" dengan diameter : 28 mm
"XXL" dengan diameter : 30 mm
"XXXL" dengan diameter : 32 mm



Contoh ukuran


-----------------------------------------------------------------------------



K-Energy Cream (100ml)
(RM83.00)


UIE K-Energy Cream ini telah dihasilkan oleh para saintis untuk merawat bermacam-macam jenis kulit yang bermasalah. Krim ini sesuai untuk semua jenis kulit serta membekalkan tenaga dan oksigen disamping memberikan transformasi dan menyeimbangkan kulit.

Krim ini adalah baik untuk menegangkan kulit muka dan badan bagi menghasilkan kulit yang bersih dan berseri. Ia dapat menyihatkan kulit, membantu melangsingkan badan, mengurangkan bau busuk dan menghalang berlakunya penyakit kaki makan air.

UIE K-Energy Cream merupakan penjagaan kulit yang lengkap, bagi membantu merawat bekas-bekas jerawat, memberi kelembapan, memberi rasa segar serta menggantikan semula sel-sel kulit yang telah mati.

SENARAI PRODUK K-LINK
 

K-LINK International Branches, Stockists & Web Sites